Saturday 24 November 2012

infografik

video dalam pendidikan

Video dalam pendidikan
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong
    pembelajaran pelajar?
 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik  
     darjah.
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? )
- Literasi video menjurus kepada suatu keadah pengajaran yang secara tidak langsung dapat memberi ilmu pengetahuan melalui penontonan video secara berfaedah dan menghasilkan video.
2) Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah:
a) Penulis membina mesej.
b) Format untuk setiap mesej adalah unik.
c) Setiap penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan.
d) Nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada mesej.
e) Sebahagian besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu.

3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
-menerusi penggunaan video,sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan mudah. Selain itu boleh juga meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat kerana video mempunyai jalinan pelbagai media (audio, grafik dll ) yang mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat juga boleh disampaikan secara realistic kerana video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik ,bagi membolehkan pelajar merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
a) Dokumentasi (Documentary)
– Menceritakan cerita sebenar tentang situasi dan watak sebenar.
b) Dramatization
– Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama.
c) Video storytelling
– beri peluang kepada pelajar menjadi kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita.
d) Virtual field trips
– Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak berpeluang pergi, contohnya hutan di Amazon

5) Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah adalah memilih video daripada sumber-sumber yang dipercayai. Ini kerana , jika video yang dipilih dengan teliti maka bahan tajaan dari video akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selesai memilih video, gunakan juga alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Sebagai contonya borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar.
Oleh sebab itu , pemilihan video harus menilai beberapa aspek penting seperti :
a) Mesej yang terkandung di dalam video
b) Kejelasan video dari aspek bunyi, dan imej
c) Kesesuaian video dengan isi pelajaran.
d) Kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran.

manipulative

Assignment manipulative:::
3. Obtain an example of a manipulative that you could use for instruction. Submit the manipulative and a description of how you would use it, including an objective.
4. Plan a lesson that would include a field trip (real or virtual). Locate at least one site on the World Wide Web that could be place to a visit as a virtual field trip in your lesson.
Soalan 3:
Pengajaran yang akan dilakukan dengan menggunakan Model berskala. Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal. Guru boleh menggunakan Model berskala untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Sejarah dan sebagainya.

Model berskala boleh dihasilkan dengan mudah. Pelajar boleh digalakkan membuat projek dengan menggunakan gambar atau keratan akhbar yang berkaitan.
Sebagai contoh dalam pengajaran sejarah, Model berskala boleh dihasilkan untuk menunjukkan bahan-bahan artifak seperti gambar beliung, periuk tanah liat dan pelbagai gambar senjata pada zaman purba. Ini memudahkan para pelajar mengingati fakta-fakta sejarah dengan mudah.

Soalan 4:
Pengajaran sejarah tentang menegnali bahan-bahan artifak. Pengajaran boleh dilakukan dengan membuat lawatan muzium. Sebagai contoh, melawat Muzium Sarawak
http://www.museum.sarawak.gov.my/
Ataupun pengajaran tentang tempat- tempat bersejarah. Pengajaran boleh dilakukan dengan melawat tempat menarik di sekitar Kota Kinabalu . Sebagai contoh, melawat ke Kampung Budaya Monsopiad.
http://www.monsopiad.com/Index.html

penggunaan video sebelum, semasa dan selepas

Bagaimana mengguna video dalam kelas? sebelum, semasa dan selepas
terdapat 3 peringkat cara menggunakan video dalam kelas .
sebelum- pastikan ada bekalan elektrik-ada LCD- ada projektor-pastikan juga alat permain
video berfungsi dengan baik dan cuba test dulu video tersebut samada berfungsi
dengan baik atau tidak.
semasa- pastikan ada back up bekalan elektrik sepanjang video dimainkan.
selepas- pastikan semua alat yang dipinjam daripada makmal komputer dipulangkan balik-
pastikan semua suis di padamkan

kekangan video

Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
kekangan yang dihadapi sekiranya menggunakan video dalam kelas ialah pembelajaran dan pengajaran tidak akan berlaku sekiranya bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba. kedua, murid tidak akan fokus kerana tiada komunikasi 2 hala diantara guru dan pelajar. selain itu, pembelajaran tidak akan berkesan kerana kerana tertumpu kepada pemusatan bahan BBM tanpa penerangan yang sepenuhnya daripada guru.

ubiquitous learning

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
-Penggunaan Multimedia seperti video dapat membantu pelajar lebih mengingat sesuatu fakta atau memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana penggunaaan video dalam p&p mengabungkan elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual, auditori, read & kinestetik.

ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
-p&p ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh. Pelajar tidak perlu berada di kelas, tetapi pelajar boleh belajar melalui online seperti telesidang video dan beberapa jenis teknologi komunikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0. Pelajar juga boleh berhubung dengan pensyarah, dengan bahan e-pembelajaran dan rakan pelajar serta interaksi antara pelajar dengan pelajar

iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
-penggunaan video dapat menggalakkan perayauan dan eksplorasi dalam pembelajaran, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills). Ini kerana ia dapat ) menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan video. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman video, audio dan animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain dan dari satu media kepada media yang lain melalui hiperlink dan hipermedia. Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampai maklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku.

iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dari segi kreativiti dapat menarik
minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga
membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan
ilmu,motivasi,kepimpinan,danpembelajaran koperatif.

v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
-pelajar mempunyai kesedaran diri dari segi pelbagai sudut terutamanya dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam subjek sejarah dapat menerapkan semangat patriotik melalui penayangan video berkaitan dengan kemerdekaan Negara.

multimodality

TUGASAN 2: Multimodality
Apakah definisi teori multi modality? apakah yang dimaksudkan multi modality instruction?
pada pandangan saya, teori multi modaliti bermaksud para guru haruslah menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. ini kerana pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan yang pelbagai menurut Howard Gardner. Ini bermakna sebahagian pelajar lebih suka memahami apabila mendengar, sebahagian pelajar yang lain lebih suka memahami apabila melihat manakala yang lainnya lebih suka memahami apabila melihat dan mendengar. Oleh sebab itu, software pendidikan perlu memuatkan kombinasi teks, grafik, suara, animasi dan video dengan lebih bijak. Perkembangan ini yang disebut dalam media pendidikan dengan istilah multimedia.
multi modality instruction ialah penyediaan maklumat penting dan tugasan dalam bentuk dua format lisan dan visual supaya pelajar dapat akses kepada proses p&p.