Saturday 24 November 2012

video dalam pendidikan

Video dalam pendidikan
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi?
2) Nyatakan lima konsep utama menonton dan menghasilkan video.
3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong
    pembelajaran pelajar?
 5) Nyatakan proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik  
     darjah.
1) apa kah yang dimaksudkan dengan video literasi? )
- Literasi video menjurus kepada suatu keadah pengajaran yang secara tidak langsung dapat memberi ilmu pengetahuan melalui penontonan video secara berfaedah dan menghasilkan video.
2) Lima konsep utama menonton dan menghasilkan video ialah:
a) Penulis membina mesej.
b) Format untuk setiap mesej adalah unik.
c) Setiap penonton menginterpretasi mesej itu secara berlainan.
d) Nilai dan pandangan adalah sebahagian daripada mesej.
e) Sebahagian besar mesej dibina untuk menerangkan tujuan yang tertentu.

3) Terangkan bagaimana pembelajaran pelajar dipertingkatkan dengan aplikasi video?
-menerusi penggunaan video,sesuatu penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan mudah. Selain itu boleh juga meningkatkan keberkesanan proses penyampaian maklumat kerana video mempunyai jalinan pelbagai media (audio, grafik dll ) yang mampu merangsang pelbagai deria dengan lebih mudah dan berkesan. Maklumat juga boleh disampaikan secara realistic kerana video mampu mempersembahkan sesuatu mesej dalam keadaan yang realistik ,bagi membolehkan pelajar merasakan seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan.

4) Senaraikan dan terangkan bagaimana empat jenis video dalam pendidikan menyokong pembelajaran pelajar?
a) Dokumentasi (Documentary)
– Menceritakan cerita sebenar tentang situasi dan watak sebenar.
b) Dramatization
– Menarik perhatian pelajar dan satu tempat yang baik untuk membina sikap dan perangai pelajar yang positif seperti keyakinan diri dan bekerjasama.
c) Video storytelling
– beri peluang kepada pelajar menjadi kreatif semasa menulis, literasi visual dan kaedah penghasilan video. Matlamatnya ialah mengajar pelajar supaya menyuarakan idea melalui cerita.
d) Virtual field trips
– Membawa pelajar ke tempat yang mungkin mereka tidak berpeluang pergi, contohnya hutan di Amazon

5) Proses untuk memilih dan menilai video bagi penggunaan video dalam bilik darjah adalah memilih video daripada sumber-sumber yang dipercayai. Ini kerana , jika video yang dipilih dengan teliti maka bahan tajaan dari video akan menjadi bahan tambahan bernilai dalam pengajaran bilik darjah. Selesai memilih video, gunakan juga alat penilaian untuk menilai kesesuaian dengan pengajaran. Sebagai contonya borang penilaian boleh menolong guru untuk memilih bahan yang mendorong pembelajaran pelajar.
Oleh sebab itu , pemilihan video harus menilai beberapa aspek penting seperti :
a) Mesej yang terkandung di dalam video
b) Kejelasan video dari aspek bunyi, dan imej
c) Kesesuaian video dengan isi pelajaran.
d) Kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment