Saturday 24 November 2012

Perniagaan di Jalan UMS

Tugasan 1 : perniagaan jalan UMS
 Modal RM 1 juta. Aapakah perniagaan yang hendak dijalankan? Mengapa? Bagaimana memastikan
perniagaan anda UNTUNG????
saya bercadang nak membuka kedai menjahit pakaian 1Malaysia. Ini kerana kurangnya kedai menjahit pakai di sepanjang Jalan UMS. Target market saya ialah orang ramai terutamanya pelajar sambil menawarkan pelbagai perkhidmatan menjahit pakaian dan menjual pakaian yang telah siap dengan harga yang berpatutan. Bagi memastikan perniagaan saya berkembang dengan maju, saya akan membuat promosi melalui internet serta mewujudkan laman web perniagaan saya sendiri. Selain itu, segala urusniaga juga boleh dijalankan secara online. Di samping itu saya juga akan sentiasa memastikan kualiti hasil jahitan pekerja saya demi memenuhi kepuasan pelanggan saya.
untuk memastikan perniagaan saya berjaya, saya akan menyediakan perkhidmatan sampingan seperti menyediakan kad ahli kepada para pelanggan sya. Dengan adanya kad ini, para pelanggan saya akan menikmati diskaun harga yang berpatutan. selain itu, sy juga akan mengadakan hari bersama pelanggan. pada hari ini saya akan menjual baju2 yang telah siap dijahit oleh butik saya sendiri dengan harga yang murah. Di samping itu, sy juga turut menghantar para pekerja saya menghadiri segala kursus yang berkaitan dengan kerja mereka supaya kualiti hasil tangan mereka lebih terjamin. seperti yang sya katakan tadi,kita hendaklah tahu siapa target market . Lepas itu ambil kira juga lokasi perniagaans erta kemudahan yang ada. selain itu, sepanjang menjalankan perniagaan ini saya hendak lah bijak mengatur kewangan saya contohnya hanya membeli barang2 atau mesin yang diperlukan sahaja. dan bagi mengurangkan kos dari segi tenaga kerja, sy sendiri boleh bersama-sama dengan para pekerja saya menjahit pakaian. Dengan cara ini kos perbelanjaan dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment