Saturday 24 November 2012

ubiquitous learning

Sila respon untuk isu ini pula
i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran

i) Cuba kaitkan penggunaan video dan stail pembelajaran
-Penggunaan Multimedia seperti video dapat membantu pelajar lebih mengingat sesuatu fakta atau memudahkan proses pembelajaran. Ini kerana penggunaaan video dalam p&p mengabungkan elemen-elemen teks, grafik, video, audio dan animasi yang boleh dipersembahkan secara serantak dengan stail pembelajaran iaitu VARK- visual, auditori, read & kinestetik.

ii) cuba kaitkan penggunaan video dengan ubiquitous learning
-p&p ubiquitous boleh dilaksanakan secara online dan jarak jauh. Pelajar tidak perlu berada di kelas, tetapi pelajar boleh belajar melalui online seperti telesidang video dan beberapa jenis teknologi komunikasi yang terdapat dalam teknologi Web 2.0. Pelajar juga boleh berhubung dengan pensyarah, dengan bahan e-pembelajaran dan rakan pelajar serta interaksi antara pelajar dengan pelajar

iii) cuba kaitkan penggunaan video dengan HOTS (higher order thinking skills)
-penggunaan video dapat menggalakkan perayauan dan eksplorasi dalam pembelajaran, yang biasanya berkaitan dengan pembelajaran pemikiran tahap tinggi (high-order thinking skills). Ini kerana ia dapat ) menyediakan peluang untuk menghantar maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks, tetapi juga termasuk grafik, animasi, audio dan video. Semua elemen-elemen interaktif tersebut boleh dikawal oleh pelajar seperti keupayaan berhenti dan main semula dalam rakaman video, audio dan animasi. Pelajar boleh berpindah dari satu bahagian ke bahagian lain dan dari satu media kepada media yang lain melalui hiperlink dan hipermedia. Pengguna dapat mengawal maklumat dan berinteraksi dengan penyampai maklumat. Kaedaan ini tentunya berbeza dengan bahan pengajaran bercetak seperti buku.

iv) cuba kaitkan penggunaan video dengan kemahiran sosial pelajar.
Penggunaan video dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dari segi kreativiti dapat menarik
minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga
membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan
ilmu,motivasi,kepimpinan,danpembelajaran koperatif.

v) cuba kaitkan penggunaan video dengan peningkatan kesedaran
-pelajar mempunyai kesedaran diri dari segi pelbagai sudut terutamanya dalam isu-isu semasa. Contohnya dalam subjek sejarah dapat menerapkan semangat patriotik melalui penayangan video berkaitan dengan kemerdekaan Negara.

No comments:

Post a Comment